SENI RETORIK DAN GAYA BAHASA

|Kamus Dewan Edisi Ketiga, retorik bermaksud :

1. Kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 

2. Seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau  cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato.

3. Bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan, bahasa retorik. Dr. Abu Hassan menyatakan maksud retorik sebagai satu gaya seni penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang berada di persekitarannya. 

Dalam karya agung, terdapat pelbagai jenis retorik yang indah dan menarik dari segi kesusasterannya. Contoh retorik dan gaya bahasa dalam karya agung adalah seperti berikut :

 SERAT CENTHINI |

  Æ  Serat Centhini berbentuk tembang (puisi) supaya pembaca tidak terlalu terpengaruh dengan perkataan           yang kurang elok di dalamnya.
  Æ  Menggunakan bahasa Jawa:

JILID 1 (PUPUH 1 TEMBANG 1 | SINOM )

Tembang Jawa
Maksud (Bahasa Indonesia)
Sri narpadmaja sudigbya |
talatahing nuswa Jawi |
Surakarta Adiningrat |
agnya ring kang wadu carik |
Sutrasna kang kinanthi |
mangun rèh caritèng dangu |
sanggyaning kawruh Jawa |
ingimpun tinrap kakawin |
mrih tan kêmba karya dhangan kang miyarsa ||
Sang putra mahkota
berwilayah tanah Jawa
Surakarta Adiningrat
memerintahkan jurutulis
Sutrasna yang dipercaya
mengumpulkan cerita lama
keseluruhan pengetahuan Jawa
digubah dalam bentuk tembang
agar mengenakkan dan menyenangkan yang mendengar


JILID 12 (PUPUH 708 TEMBANG 672 | DANDANGGULA )


Tembang Jawa
Maksud (Bahasa Indonesia)
Kadarpaning panggalih sang aji |
kang jinumput wijanganing kata |
tinaliti saturute |
tetelane tinutur|
titi tatas tataning gati|
sakwehnung kang tinata|
wus samya ingimpun |
ala ayuning pakaryan|
kawruh miwah ngelmuning kang lair bathin|
winedhar mring para muda||
Didorong oleh keinginan Sang Raja
Yang diambil makna kata-katanya
Diteliti urutannya
Nasihat yang disampaikan
Teliti tuntas teratur maksud tujuannya
Semua sudah diceritakan
Semua sudah dikumpulkan
Baik buruknya perbuatan
Pengetahuan maupun ilmu lahir batin
Diuraikan buat para kawula muda


Æ  Menggunakan aksara Jawa kuno
Æ  Penulisannya secara naratif


PENGARUH BAHASA ASING

  Æ  Penggunaan bahasa Yunani:
  •       Perkataan ‘erotika’ yang dikatakan dipinjam daripada perkataan Yunani eros yang membawa maksud ‘dewa asmara’. (Elizabeth Idandiak,2008)
  •            Contoh dalam Serat Centhini : perkataan yang sama erti dengan eros ialah Ajigineng, terangsang, nafsu berahi, cinta syahwati, asmaragama (seni bercinta), kasmaran, naluri seksual, pengumbaran nafsu dan mabuk kepayang.


  Æ  Penggunaan bahasa Arab : sir (rahsia), dzat Allah taala,syariat, tarekat, hakikat, maa’rifat, subuh, shalat, wuduk dll.






No comments:

Post a Comment