IDEALISME DAN FALSAFAH

Falsafah dalam Karya Agung
Dalam penghasilan sesebuah karya tidak lengkap sekiranya pengarang tersebut tidak memuatkan falsafah-falsafah yang bersesuaian dengan penceritaan sesebuah karya. Bagi hikayat Abdullah terdapat lima falsafah yang dikemukakan iaitu ketuhanan, keadilan, kebenaran dan keindahan.
• Falsafah Ketuhanan
Falsafah ketuhanan yang dikemukan adalah mengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah S.W.T . Abdullah berfikiran rasional dan realistik dan tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang.
• Falsafah Keadilan
Falsafah keadilan yang dikemukan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, kes kezaliman Sultan,
Keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yang kesusahan
• Falsafah Kebenaran
Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Perkara yang diceritakan merupakan sesuatu yang betul-betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu.
• Falsafah Keindahan
Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan dalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita seperti karya-karya yang ditulis dalam zamannya.


Isu yang Dibangkitkan oleh Pengarang
Dalam Hikayat Hang Tuah, pengarang telah menjelaskan mengenai watak Hang Tuah yang fasih 12 jenis bahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram. Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling-Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia.
    Antara isu lain yang cuba untuk diketengahkan oleh pengarang lagi adalah mengenai sifat ajaib yang dimiliki oleh Hang Tuah. Hang Tuah mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak digelar wira epik.
    Selain Hikayat Hang Tuah, terdapat juga isu-isu dalam karya Sulalatus Salatin, misalnya mengenai sikap pemimpin. Pemimpin janganlah mengikut hawa nafsu syahwat. Sultan Mahmud Melaka digambarkan terlalu mengikut hawa nafsu syahwatnya menyebabkan dia dibenci oleh rakyatnya. Raja Pahang berhasrat untuk menyerang Melaka setelah tunangannya Tun Teja dilarikan oleh Laksamana ke Melaka. Tun Biajid juga menimang lembing untuk membunuh Sultan Mahmud yang telah berlaku curang dengan isterinya. Semua ini menunjukkan bahawa kesan pemimpin yang hanya mengikut nafsu akan membawa kecelakaan dan konflik dalam negeri.
     Selain itu, turut diceritakan mengenai isu pantang larang sebagai adat istiadat dan perundangan negara. Dalam Sulalatus Salatin aspek adat istiadat dan pantang larang merupakan elemen perundangan dalam pentadbiran negara. Ia hendaklah dipatuhi oleh semua pihak demi melahirkan kententeraman dan kemakmuran Melaka. Antaranya ialah pantang larang berpakaian. Rakyat jelata dilarang dari menggunakan pakaian yang berwarna kuning, di buat tepi tabir, ulasan bantal besar dan tilam, bungkusan barang, dijadikan barang perhiasan, kain, baju dan destar, Begitu juga sekiranya ingin masuk ke istana, seseorang itu harus memakai kain berpancung dan berkeris di hadapan serta bersebai sekiranya berkeris di belakang akan dirampas.
      Di samping itu, pantang Derhaka. Rakyat jelata adalah ditegah sama sekali melakukan penderhakaan kepada raja. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan raja merupakan payung rakyat tempat berteduh, pantang Melayu menderhaka, sekiranya seseorang itu menderhaka maka balasan buruk bakal menanti, iaitu hukuman bunuh. Bagi penderhaka, ia tidak layak untuk berada di atas bumi. peristiwa ini dapat dilihat dalam peristiwa Hang Jebat yang mati di bunuh apabila bertindak menderhaka ke atas Sultan Mansor menyebabkan beliau mati dibunuh di tangan sahabatnya sendiri, Hang tuah. Begitu juga dengan mayatnya turut dibuang ke laut serta anak isterinya turut dibunuh. Kaki tiang dan tanah bekas rumahnya turut dibuang ke laut. Betapa besarnya kesalahan menderhaka yang dianggap tidak layak untuk berada di bumi.

Idealisme dan Falsafah Melayu
1.      Falsafah Bersumberkan Islam
Dari segi etimologinya, perkataan falsafah berasal daripada cantuman dua perkataan Yunani iaitu "Philo" dan "Sophia" yang bermaksud "Cintakan Hikmat". Dari segi perspektif Islam, makna hikmat yang didokong oleh perkataan falsafah itu ada ditegaskan dalam Al-Quran. Al-Quran menyatakan bahawa "hikmat" adalah pemberian dan anugerah Allah SWT (Surah Al-Baqarah:296). Perkataan hikmat disebut di dalam Al-Quran sebanyak sembilan kali . Begitu juga dengan perkataan Al-Hakim (menyamai hikmat) disebutkan di dalam Al-Quran bagi merujuk kepada diri-Nya sendiri (92kali), merujuk kepada Al-Quran dan isi kandungannya (4kali), dan merujuk kepada urusan Allah pada malam Lailatul-Qadar (sekali) (Mohd Rashid Md Idris, 2004:56-57). Apabila kita mengatakan Islam atau sesuatu yang berhubung dengan Islam sumber yang sudah semestinya menjadi rujukan asasinya ialah kitab Al-Quran.

2.      Falsafah Bersumberkan Melayu
Mengenal Melayu bererti mengenal kulit dan isinya dan bukan sekadar mengenal diri orang Melayu itu dan budayanya bahkan harus menyusur lebih jauh dalam mengenal akan tunjang dan pucuk citranya serta repisan dan serpihannya sehingga kini. Disini mengenal Falsafah Melayu itu bererti mendapatkan hakikat erti sebenarnya siapa dan apa itu Melayu. Walapun terdapat pelbagai opini dan tafsirkata yang menyatakan apa itu Melayu namun ianya masih belum sempurna kerana Melayu itu belum lagi dapat dikamuskan dalam pemikiran orang Melayu sebagai satu asal dan usul dirinya orang Melayu ZAHIR dan BATINnya itu serta kehidupannya sebagai orang Melayu.
Mengenal Melayu bererti memahami keseluruhan warisan ketamadunannya yang kini telah lupus hilang akibat perubahan zaman dan perubahan budaya serta akibat berlakunya migrasi atau pengaruh budaya luar kedalam lingkungan masyarakat Melayu. Maka pengenalan diatas Melayu seharusnya dan sepatutnya berfalsafahkan kedirian orang Melayu itu sendiri serta ketamadunan dan budayanya yang asli dan bukan fakta kefalsafahan yang terujud hasil dari kenyataan yang telah dirobah dan penulisan yang di sunting mengikut fakta kajian dan pandangan dari mereka yang bukan ahlinya.

3.      Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau kajian bahasa (linguistik) yang melibatkan dua bidang kajian, iaitu bidang falsafah dan bidang kajian bahasa (linguistik). Hashim Hj. Musa (1996), membahagikan falsafah kepada falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Beliau menakrifkan  falsafah linguistik sebagai perbincangan tentang dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka. Falsafah bahasa pula meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara abstrak, contohnya kesedaran (consciousness). kewujudan (reality), ilmu (knowlwdge), logic dan sebagainya. Renungan dan pengucapan tentang perkara-perkara konsepsi demikian dibuat melalaui penggunaan bahasa. Oleh hal yang demikian, falsafah  bahasa ialah bahawa adanya kaitan yang erat antara bentuk atau struktur dan kandungan bahasa dengan bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi (konseptual knowledge)

No comments:

Post a Comment