DUNIA MELAYU

TAKRIF  MELAYU

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2010) Melayu ialah :
  • Nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia)
  • Masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu
  • Kemelayuan ialah ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu 

KEISTIMEWAAN MELAYU
  • Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai jenis tradisi serta budaya. Untuk mengenali budaya dan adat Melayu secara asasnya bolehla melihat kepada beberapa aspek seperti dari segi makanan, pakaian, perkahwinan, perayaan dan permainan tradisional masyarakat Melayu.

MAKANAN 



Nasi Lemak 

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.


Kuih Bahulu

Kuih bahulu salah satu kuih tradisional yang masih popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Rasanya manis dan boleh diperoleh daripada pelbagai bentuk seperti bunga, ikan, daun dan sebagainya.  Kuih ini menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu  untuk dihidangkan pada hari raya, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.

Sambal Belacan

Sambal belacan turut menjadi makanan kegemaran orang Melayu. untuk mmebuat sambal belacan memerlukan cili merah, cili padi, belacan, dan air limau kasturi. Kesemua bahan tersebut ditumbuk sekali menggunakan lesung batu sehingga lumat. sambal belacan sedap dimakan dengan nasi berlauk.


Masak Lemak Tempoyak

Masak Lemak Tempoyak salah satu masakan pedas masyarakat Melayu. Masakan ini selalunya menggunakan cili padi ditumis dengan santan serta kunyit bagi menampakkan warna kekuningan. Boleh masukkan ikan patin atau udang dalam masakan ini. 


PAKAIAN TRADISIONAL


Baju Melayu dan Baju Kurung

Baju tradisi masyarakat Melayu ialah baju melayu bgai kaum lelaki dan baju kurung bagi kaum wanita. Sehingga kini, masyarakat Melayu mash menggunakan baju ini dalam urusan rasmi iaitu sewaktu bekerja dengan kerajaan, majlis-majlis formal dan rasmi serta sewaktu perayaan hari raya. 



Baju Kebaya

Selain itu, baju kebaya juga menjadi salah satu baju tradisional masyarakat Melayu. Baju kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket  dengan motif warna-warni.


Baju Kedah

Baju kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa nipis yang jarang dan keras. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai ke paras punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan.



PERAYAAN 


Hari Raya Aidilfitri

Perayaan ini ialah perayaan utama bagi masyarakat Melayu iaitu Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini disambut pada bulan Syawal selepas berakhirnya puasa pada bulan Ramadhan. Perayaan ini digalakkan bagi umat Islam saling bermaafan satu sama lain. Perayaan ini menjadi paling disukai oleh kanak-kanak kerana mereka akan menerima duit raya atas pemberian orang yang lebih dewasa. 



Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha ialah hari perayaan yang disambut oleh orang Islam di seluruh dunia pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjungi Kaabah dan melakukan korban sembelih. 

PERKAHWINAN 




Perkahwinan

Dalam agama Islam dan tradisi Melayu, perkahwinan amat penting bagi menghalalkan sebuah ikatan antara seorang lelaki dan perempuan. Dalam perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat sebelum menjadi sebuah ikatan yang sah. Antaranya ialah, merisik, meminang dan akad nikah. 
      

     


PERMAINAN TRADISIONAL


Congkak

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.Permainan congkak ialah permainan yang melibatkan dua orang pemain dan menggunakan guli untuk memasukkan ke dalam setiap lubang congkak.



 Wau Bulan


Wau Bulan terkenal di negeri Kelantan sebagai permainan tradisional di Malaysia. Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. 
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah yang menggunakan perkataan tersebut. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.



Batu Seremban

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan  tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak  perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.



















No comments:

Post a Comment